x

Selasa, 01 Desember 2009

email2 cinta sejati

Cinta Sejati yang
terbaik
Di Sebuah Taman Kota
Kosmopolitan 2001... Para
pekerja yang sibuk
membersihkan kawasan
taman rekreasi gempar.
Raungan bunyi ambulan
begitu mengejutkan
ketika pagi yang masih
terlalu
awal
ini. Kelihatan beberapa
petugas paramedik
begitu sibuk memberi
pertolongan
kepada sepasang muda-
mudi yang terperangkap
di dalam sebuah kereta
di taman tersebut. Nahas
bagi pasangan merpati
dua sejoli itu, malaikat
maut
telah mencabut nyawa
mereka dalam keadaan
yang sungguh tragik.
Apa yang terjadi
sebenarnya?
Ternyata sepasang
muda-mudi itu nekad
membunuh diri dengan
menutup
saluran ekzos kereta
dengan keadaan enjin
kereta masih terpasang.
Akibatnya
mereka mati dalam
keadaan berpelukan dan
saling berciuman
sehingga begitu
sukar pihak bertanggung
jawab memisahkan
antara dua jasad
tersebut.
Begitu 'mengharukan'!.
Didalam kereta tersebut
ditemui selembar kertas
yang telah mereka tanda
tangani. Antara
kandungannya; tolong
jangan
pisahkan
mayat kami dan terus
dikebumikan bagi
membuktikan cinta abadi
kami
sehidup semati. Dan di
bahagian akhir surat
tersebut tercatat
bahawa
mereka
melakukan ini demi
menyelamatkan cinta
'sejati' yang 'suci' ini
kerana orang tua tidak
merestui hubungan cinta
mereka. Astaghfirullah...!
Di sebuah rumah di
Jazirah Arab 1400 tahun
yang lampau...
Abdullah bin Abu Bakar
RA baru saja
melangsungkan
pernikahan dengan
Atikah binti Zaid,
seorang wanita cantik
rupawan dan berbudi
luhur. Dia
seorang wanita
berakhlak mulia,
berfikiran cemerlang dan
berkedudukan
tinggi. Sudah tentu
Abdullah amat mencintai
isteri yang sebegitu
sempurna
menurut
pandangan manusia.
Pada suatu hari, ayahnya
Abu Bakar RA lalu di
rumah Abdullah untuk
pergi bersama-sama
untuk solat jemaah di
masjid. Namun apabila
beliau
dapati anaknya sedang
berbual-bual dengan
Atikah dengan lembut
dan mesra,
beliau membatalkan
niatnya dan meneruskan
perjalanan ke masjid.
Setelah selesai
menunaikan solat Abu
Bakar RA sekali lagi
melalui
jalan di rumah anaknya.
Alangkah kesalnya Abu
Bakar RA apabila beliau
dapati
anaknya masih begurau
senda dengan isterinya
sebagaimana sebelum
beliau
menunaikan solat di
masjid. Lantas Abu Bakar
RA segera memanggil
Abdullah,
seterusnya bertanya : "
Wahai Abdullah, adakah
kamu solat berjemaah ?"
Tanpa
berhujah panjang Abu
Bakar berkata : ""Wahai
Abdullah, Atikah telah
melalaikan kamu dari
kehidupan dan
pandangan hidup malah
dia juga telah
melengahkan
kamu dari solat fardhu,
ceraikanlah dia!"
Demikianlah perintah
Abu Bakar
kepada Abdullah. Suatu
perintah ketika Abu
bakar dapati anaknya
mula
melalaikan hak Allah.
Ketika beliau dapati
Abdullah mula sibuk
dengan
isterinya yang cantik.
Ketika beliau dapati
Abdullah terpesona
keindahan
dunia
sehingga menyebabkan
semangat juangnya
semakin luntur.
Lalu bagaimana
tanggapan Abdullah?
Tanpa berdolak dalih
apatah lagi
cuba membunuh diri,
Abdullah terus menyahut
perintah ayahandanya
dan
menceraikan isteri yang
cantik dan amat
dicintainya.
Subhanallah!!!
Dari dua petikan kisah di
atas, marilah kita sama-
sama merenung
tentang hakikat dan
bagaimana cinta sejati ,
tulus dan suci itu
sebenarnya.
Sesungguhnya perjalanan
hidup manusia akan
sentiasa dipenuhi dengan
warna-warna cinta.
Malah boleh kita
ungkapkan bahawa
kehadiran
manusia di muka bumi ini
disebabkan Allah SWT
mencampakkan suatu
perasaan
di
dalam jiwa manusia,
itulah CINTA.
Membicarakan tentang
cinta ibarat menuras air
lautan dalam yang
kaya dengan pelbagai
khazanah alam. Tak kan
pernah habis dan kita
akan
sentiasa
menemui berjuta macam
benda. Dari sekecil-kecil
ikan hingga ikan paus
yang
terbesar. Dari kerang
sampai mutiara malah
jika diizinkan Allah,
kita mungkin menemui
bangkai kapal dan
bangkai manusia!!!
Usia sejarah cinta
seumur dengan sejarah
manusia itu sendiri. Jika
di suatu tempat ada 1000
manusia maka di situ ada
1000 kisah cinta. Dan
jika
di muka bumi ini ada
lebih 5 million manusia,
maka sejumlah itu
pulalah
kisah cinta akan digelar.
Walau berapa banyak
pun nuansa cinta yang
menjelma menjadi
sebuah
syair, drama, filem, lagu
dan berbagai bentuk
hasil seni lain, namun
pada
hakikatnya cinta itu
hanya ada dua buah versi
sahaja. Versi cinta
nafsu (syahwat) dan
cinta Rabbani.
Yang menjadi persoalan
sekarang adalah
mampukah kita
membezakan
yang mana cinta syahwat
dan mana cinta Rabbani?
Derasnya arus ghazwul
fikr (serangan pemikiran)
dalam kesenian
terutamanya, telah
mampu membungkus
cinta syahwat sehingga
ia tampil
sebagai
cinta "suci" yang mesti
diperjuangkan,
dimenangkan dan diraih
seterusnya
untuk dinikmati.
Manusia seakan lupa
pada sejarah. Lupa pada
kisah-kisah tragik yang
berakhir di hujung pisau
atau dalam segelas
'penawar' rumpai.
Mereka semua rela
diseret dan dijeremuskan
ke dalam lubang 'neraka'
hanya
untuk
mengejar salah satu rasa
dari sekian banyak rasa
yang ada disudut hati
manusia, itulah cinta.
Cinta memiliki kekuatan
luar biasa. Dan kekuatan
cinta (the power
of love) mampu
menjadikan manusia
peribadi yang sangat
nekad atau sangat
taat. Nekad dalam
konteks sangat berani
dalam melanggar
peraturan-peraturan
Allah seperti berkhalwat
(berdua-duaan dengan
bukan mahram),
berkasih-kasihan lelaki
dan perempuan,
berpegangan tangan,
mempertontonkan
adegan
berahi percuma di
khalayak ramai apatah
lagi dalam sembunyi.
Atau jika
cinta tak mendapat restu
dari orang tua, pasangan
akan nekad, terus lari
dari
rumah atau berzina
(na'udzubillah min
dzalik). Dan tidak sedikit
pula
yang begitu nekad
sanggup melakukan
perbuatan yang dilaknat
Allah iaitu
membunuh diri demi
cinta.
Peribadi-peribadi nekad
seperti ini menjadikan
cinta sebagai tujuan
bukan sebagai sarana
mencapai tujuan. Oleh
itu tidak hairanlah jika
kita
temui pelbagai kelakuan
aneh para pencari cinta
yang tak masuk akal.
Sebab apa yang mereka
tuju adalah suatu yang
abstrak, tidak jelas dan
bukan
perkara yang pokok.
Mereka sibuk mencari
dan mengertikan makna
cinta
sementara lalai terhadap
Dzat yang
menganugerahkan cinta.
Dzat yang
menumbuh
suburkan rasa cinta. Dzat
yang memberikan
kekuatan cinta. Dzat
yang
paling
layak dicintai, kerana
Dia juga Empunya nikmat
cinta. Allah Rabbul
'Alamin.
Kisah tragik di awal
tulisan ini memberikan
gambaran jelas sikap
manusia yang rela
mengorbankan diri demi
sepotong cinta. Muda-
mudi yang
nekad bunuh diri dengan
pelbagai cara ini pada
dasarnya belum
mengenali
hakikat
cinta. Cinta yang mereka
kenal selama ini adalah
cinta yang ditunggangi
oleh nafsu syahwat. Dan
joki penunggangnya
adalah syaitan
laknatulllah.
Pada
momen ini syaitan
berteriak keriangan
sambil mengibar-
ngibarkan bendera
kemenangan kerana
berhasil menjerumuskan
anak cucu Nabi Adam
dalam neraka
jahannan dengan dalih
cinta yang begitu murah
nilainya.
Sebuah kisah lain
tentang tragedi cinta
dan kebodohan manusia
yang
amat memalukan
berlaku di Dhaka.
Menurut laporan berita
salah satu
akhbar ibu kota di negeri
tersebut, seorang ayah
dan anaknya mati saling
tikam
menikam hanya kerana
merebut cinta seorang
gadis. Tragedi bermula
apabila
si gadis tidak tahu
bahawa dua lelaki yang
sering menjadi teman
asmaranya
pada waktu yang
berbeza adalah ayah dan
anak. Sampailah pada
suatu saat
mereka
terserempak pada waktu
yang sama. Maka tragedi
pun bermula.
Kedua-duanya sangat
marah sehingga
membawa kepada
pertengkaran dan
akhirnya
pergelutan dan
perkelahian yang
berakhir dengan si ayah
mati akibat
tertusuk
di perutnya. Namun
sebelum rebah ia berjaya
menancapkan belati di
jantung anaknya.
Matilah keduanya. Dan
pastilah neraka tempat
kembalinya.
Itulah tragedi cinta.
Cinta memang tak kenal
warna. Cinta tak kenal
baik-buruk. Cinta tak
kenal rupa dan pertalian
darah. Memang
begitulah adanya.
Kerana yang mampu
mengenal warna dan
baik-buruk adalah
pelaku-pelaku cinta yang
menggunakan akal
fikirannya.
Sebaliknya cinta juga
mampu melahirkan
peribadi-peribadi yang
mengagumkan. Peribadi
yang tak takut
kehilangan suatu apa
pun walau ia
amat
cinta pada sesuatu.
Namun kerana cinta
yang hadir dipenuhi
dengan nuansa
keimanan, maka mereka
rela mengorbankan apa
saja yang mereka amat
cintai
demi
memperolehi keredhaan
Dzat Pemberi cinta. Jiwa
mereka tidak gundah
gulana kerana
kehilangan cinta duniawi
kerana Allah sebagai
Dzat pemberi
ketenteraman Peribadi-
peribadi taat ini amat
menyedari bahawa cinta
hanyalah sebagai sarana
mencapai tujuan.
Mereka yakin
kenikmatan
cinta tak ada ertinya
tanpa ada restu Allah
sebagai Pemberi cinta.
Maka
yang
mereka cari adalah
redha dan cinta Allah,
bukan cinta yang bersifat
sementara.
Kisah Abdullah putera
Abu Bakar RA menjadi
contoh kematangan
pemuda
yang mengenal erti
cinta. Bayangkan!! Dia
memiliki isteri yang amat
cantik, berakhlak mulia,
berkedudukan tinggi dan
berharta. Namun apabila
ayahandanya
memerintahkan untuk
menceraikan isterinya,
dengan
alasan isterinya telah
melalaikan Abdullah
dalam menunaikan hak
Allah
seterusnya akan
melengahkan Abdullah
berjihad di jalan Allah.
Maka apa
reaksi
Abdullah? Tidak!!
Abdullah tidak marah
langsung pada ayahnya.
Atau
berusaha mengambil
pedang dan ingin
memenggal kepala si
ayah yang
berusaha
memisahkan jalinan cinta
yang memang sudah sah
itu. Sekali lagi
tidak!! Pemuda yang
bernama Abdullah
melihat perintah itu
dengan kacamata
cinta yang diberikan
Allah. Ia rela
menceraikan isteri yang
dicintainya
demi mempererat
hubungan cinta dengan
Allah. Subhanallah...
Masih adakah
pemuda-pemuda seperti
peribadi Abdullah di
zaman globalisasi kini?
Begitulah cinta. Ia
mampu melambungkan
manusia pada derajat
kemuliaan yang tak
terhingga. Manakala
frekuensi atau
gelombang cintanya
juga
sudah selari dengan
frekuensi atau
gelombang cinta yang
Allah kehendaki.
Semuanya akan senada
seirama. Tak ada
dengung sumbang, tak
ada nada
ternoda.
Demikian indah dan asli
irama cinta sejati.